Sheikh_Hasina
Sheikh_Hasina

Sheikh_Hasina

Sheikh Hasina Wazed (bahasa Bengali: শেখ হাসিনা ওয়াজেদ, lahir 28 September 1947; umur 72 tahun) adalah Perdana Menteri Bangladesh dari tahun 1996 sehingga tahun 2001 dan dari 2009 sehingga sekarang. Beliau adalah anak sulung kepada Sheikh Mujibur Rahman, Presiden pertama Bangladesh. Ketika ayahnya dan keluarganya dibunuh dalam sebuah rampasan kuasa berdarah pada 15 Ogos 1975, beliau dan adiknya Sheikh Rehana selamat kerana sedang menetap di Jerman Barat. Beliau kemudian berpindah ke Britain, dan kemudian ke New Delhi serta India. Beliau akhirnya kembali ke Bangladesh pada 17 Mei 1981.