Sheila_Mambo

Sheila Mambo atau nama sebenarnya Rusilawati Binti Hasan ialah seorang pelakon komedi Malaysia yang mula diperkenalkan ke persada seni pada lewat 1980-an menerusi dunia seni suara. Kini, beliau aktif sebagai seorang pelakon.Antara filem lakonan beliau ialah Idola, Mami Jarum, Mami Jarum Junior dan Anak Mami Kembali. Selain watak komedi, lakonan dramatik Sheila dalam drama Perempuan Seorang Sutradara pada tahun 2002 pernah mendapat pujian.Beliau menerima pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular (ABPBH). Pada tahun 2003 beliau pernah dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (FFM) menerusi lakonan berkesan dalam filem Diari Romeo. [1]Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.[2]

Sheila_Mambo

Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 1980 - kini
Nama lain Sheila Hasan
Kelahiran Rusilawati Binti Hasan
1963 (umur 56–57)
Persekutuan Malaysia