Sheila_on_7

Sheila on 7 adalah merupakan salah satu daripada kumpulan muzik popular Indonesia yang ditubuhkan pada 6 Mei 1996 di Yogyakarta. Kumpulan muzik yang terdiri daripada Duta (Akhdiyat Duta Modjo, vokal), Eross (Eross Candra, pemain gitar), Adam (Adam Muhammad Subarkah, pemain bes), dan Brian (Brian Kresna Putro, dram) ini pada awalnya bernama "Sheila" (Bahasa Celtic: muzikal). Kata "Gank" kemudian ditambahkan sehingga menjadi "Sheila Gank". Perkataan ini akhirnya diubah menjadi "on 7", yang diambil dari tujuh tangga nada dalam muzik. Sheila on 7 telah beberapa kali mengalami perubahan anggota. Pada Oktober 2004 Brian masuk menggantikan Anton yang dikeluarkan kerana dianggap tidak berdisiplin. Lalu pada May 2006 Sakti mundur dari Sheila on 7 untuk belajar agama di Pakistan.