Sheqal

Shahrin Salehuddin atau lebih dikenali sebagai Sheqal adalah seorang penyanyi asal Malaysia yang cukup popular di era 1990an dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional. Beliau mengecap populariti menerusi lagu-lagu seperti Zapin Rindu-rinduan, Cinta Nusantara dan Ratib Orang Lautan malah pernah dicalonkan dalam acara muzik nasional seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Kerjaya seni beliau banyak dipacu oleh penerbit terkenal Manan Ngah di mana hingga kini beliau sering dijadikan rujukan untuk genre muzik pop tradisional/nusantara sebaris dengan rakan-rakan seangkatan seperti Kopratasa, M. Nasir, To'ki, ND Lala, Noraniza Idris dan Zainal Abidin. Beliau kini bergiat aktif sebagai usahawan dan pakar motivasi[1] dan tidak bercadang untuk kembali ke industri muzik selepas album terakhirnya pada 1998 [2].