ShinMaywa PS-1 dan
US-1A (
Bahasa Jepun:
新明和 PS-1,
US-1A) adalah pesawat
STOL besar yang direka bagi tugasan
peperangan anti-kapal selam (ASW) dan
penyelamat udara-laut (SAR) berikutnya. PS-1 merupakan
kapal terbang laut yang membawa gear pendaratnya sendiri di geladak, sementara US-1A merupakan pesawat amfimbia penuh.Pada
1960, ShinMaywa (ketika itu Shin Meiwa) menunjukkan prototaip bot terbang,
UF-XS yang menonjolkan sistem kawalan lapisan sempadan baru bagi memberikan peningkatan kepada keupayaan STOL. Syarikat itu turut menggunakan pengalaman perangnya (sebagai
Kawanishi) untuk meningkat badan
Grumman Albatross yang merupakan asas pesawat tersebut. Pada
1966,
JMSDF menganugerahkan kontrak kepada syarikat tersebut bagi meneruskan idea ini kepada pesawat peronda ASW. Dua prototaip dibina dibawah nama
PS-X dan ujian penerbangan bermula pada
5 Oktober 1967, mendorong kepada tempahan bagi pengeluaran dengan nama
PS-1 pada
1969.Selain dari sistem kawalan lapisan sempadan (dikuasai oleh turbin gas bebas yang terdapat dalam badan), kapal terbang ini memiliki beberapa ciri-ciri inovatif, termasuk sistem bagi memendam percikan semasa pendaratan air, dan mengarah eksoz dari empat enjin
turboprop melalui sayapnya bagi meningkatkan daya angkatan. Antara
1971 dan
1978, JMSDF menempah 21 kapal terbang ini, dan menggunakannya sehingga
1989 apabila ia perlahan-lahan dihentikan dan digantikan dengan
P-3 Orion. Pengeluaran yang kecil menyebabkan kos seunit yang amat tinggi bagi pesawat ini, dan program ini turut mencetus kontroversi politik. PS-1 baru sahaja berkhidmat apabila JMSDF memohon pembangunan pesawat variasi cari dan selamat. Penyingkiran peralatan tentera PS-1 membolehkan keupayaan bahan api lebih tinggi, gear pendaratan boleh guna, dan perkakasan penyelamat. Kelainan baru,
US-1A, boleh diubah suai kepada tugas membawa tentera. Pertama kali diterbangkan pada
15 Oktober 1974, ia diterima untuk bertugas pada tahun berikutnya, dan akhirnya 19 pesawat dibeli. Dari pesawat ketujuh dan seterusnya, versi enjin yang dipertingkat berbanding enjin asal digunakan, tetapi kesemua pesawat akhirnya diubah kepada piwaian
US-1A ini. Operasi penyelamat US-1A pertama adalah dari kapal Greek pada
1976. Antara tempoh itu sehingga
1999, US-1A telah digunakan dalam 500 kes menyelamat, dan berjaya menyelamatkan lebih 550 nyawa. Dengan armada US-1A mula menunjukkan dimamah usia, cubaan JMSDF untuk mendapatkan dana bagi menggantikannya pada 1990-an, tetapi gagal mendapatkan jumlah yang mencukupi bagi memajukan kapal terbang baru sepenuhnya. Dengan itu, pada
1995, ShinMaywa mula merancang versi US-1A dipertingkat,
US-1A kai (
US-1A 改 - "US-1A dipertingkat"). Kapal terbang ini menonjolkan ciri-ciri penghalusan aerodinamik, badan bertekanan, dan enjin
Rolls-Royce AE 2100 lebih berkuasa. Penerbangan ujian bermula pada
18 Disember 2003. Ia dijangka bahawa JMSDF akhirnya membeli sehingga 14 kapal terbang ini, untuk mula berkhidmat seawal 2007 sebagai
ShinMaywa US-2.