Etimologi Shinar

Nama mungkin datang dari bahasa Ibrani iaitu Shene neharot ("dua batang sungai") atau Shene arim ("dua kota"),[1] atau Shumeru dalam bahasa Akkadia.

Sayce (tahun 1895) mengenal pasti Sinear sebagai kata seasal dengan nama-nama berikut: Sangara/Sangar disebut dalam konteks penaklukan Asia oleh Thutmose III (abad ke-15 SM); Sanhar/Sankhar dari surat-surat Amarna (abad ke-14 SM); Singara Yunani; dan Sinjar moden di Mesopotamia Hulu, dekat Sungai Khabur. Dengan itu, Sayce mengusulkan bahawa Shinar berada di Mesopotamia Hulu, tetapi mengakui bahawa Alkitab memberikan bukti penting bahawa ia berada di selatan.[2][3]Albright (1924) berpendapat bahawa Shinar bersamaan dengan dengan Kerajaan Khana.[4]