Shinigami_(Bleach)

Shinigami (死神, Dewa Maut) ialah kaum fiksyen dalam manga dan siri anime Bleach. Mereka merupakan penguatkuasa bagi kesemua makhluk yang mempunyai kuasa semangat.Shinigami ialah roh manusia yang telah meninggalkan tubuhnya dan mempunyai kuasa semangat. Maka, badan mereka terdiri daripada ektoplasma dan hanya boleh dilihat oleh mereka yang turut memiliki kuasa semangat. Dalam siri ini, shinigami, seperti roh-roh lain, mampu mempengaruhi alam sekeliling. Sebagai tambahan, mereka boleh cedera dan mati seperti manusia biasa tetapi daya ketahanan mereka jauh lebih tinggi daripada manusia.Kuasa paranormal ternyata yang dimiliki oleh seorang shinigami ialah zanpakutō, sejenis pedang semangat yang dijana daripada roh shinigami. Mereka juga boleh membebaskan tenaga semangat dan berbeza dari segi kuantiti mengikut kekuatan tiap-tiap shinigami. Zanpakutō ialah manifestasi kuasa semangat yang ditukarkan kepada bentuk fizikal berupa sebilah pedang.Operasi shinigami berpusat di Soul Society iaitu alam barzakh dalam Bleach. Perjalanan di antara dunia manusia dengan Soul Society dikawal dan diawasi sentiasa. Tetapi, terdapat juga kes shinigami diarahkan bertugas di dunia manusia. Maka, mereka terpaksa berulang-alik dari kedua-dua dunia tersebut. Sebagai tambahan, adalah menjadi satu kesalahan bagi seorang shinigami untuk tinggal di dunia manusia lebih lama daripada had masa yang ditetapkan. Tugas shinigami termasuklah memimpin Plus (hantu) ke Soul Society dengan melakukan "pengebumian roh" (konsō) dan menyucikan jiwa hollow (roh jahat). Dengan mengikuti perkembangan siri ini, tugas-tugas shinigami akan dijelaskan dengan lebih lanjut dan didedahkan juga bahawa mereka bertanggungjawab sebagai mengawasi aliran roh keluar masuk dari dunia manusia ke Soul Society.