Shueisha (集英社, Shūeisha) ialah sebuah syarikat penerbitan yang terkenal di
Jepun, beribu pejabat di
Tokyo. Syarikat tersebut ditubuhkan pada tahun
1925 sebagai sebuah bahagian hiburan kepada syarikat penerbitan Jepun
Shogakukan. Pada tahun berikutnya, Shuiesha telah menjadi sebuah syarikat sendirian. Divisyen
Jump Comics Shueisha turut merupakan sebuah bahagian yang besar untuk penerbitan
manga. Shueisha kemudian menubuhkan
Hakusensha, yang telah menjadi salah sebuah penerbit di
Jepun yang berjaya.Homesha (ホーム社, Hōmusha) merupakan salah satu daripada pencetak yang beroperasi di bawah Shueisha.Shueisha juga menerbitkan majalah
Weekly Shonen Jump dan mengendala
Anugerah Tezuka di Jepun. Shonen Jump, yang bermula pada tahun
1968, merupakan majalah manga Jepun yang paling popular dan berjaya di dunia. [
perlu rujukan]Shueisha, bersama-sama
Shogakukan, memiliki
Viz Media, yang menerbitkan manga daripada kedua-dua syarikat di
Amerika Syarikat.Perkataan "Shueisha" berasal daripada frasa Eichi ga tsudou (英知が集う, secara kasarnya diterjemah sebagai "Kumpulkan ilmu pengetahuan").
On-yomi pada
kanji 集 ialah shū.