Sidang_Kemuncak_Asia_Timur_Keempatbelas

Sidang Kemuncak Asia Timur Keempatbelas diadakan di Bangkok, Thailand pada 4 November 2019. Sidang Kemuncak Asia Timur ialah mesyuarat tahunan pemimpin negara dari rantau Asia Timur dan negara yang mengambil bahagian. EAS telah berkembang sebagai forum untuk dialog strategu dan kerjasama dalam isu-isu politik, keselamatan dan ekonomi dari negara yang terlibat dan memainkan peranan penting dalam seni bina serantau.