Siemens
Siemens

Siemens

Siemens AG (Sebutan bahasa Jerman: [ˈziːmɛns])[2] ialah sebuah syarikat konglomerat Jerman yang beribu pejabat di Berlin dan Munich, dan ia merupakan syarikat industri perkilangan terbesar di Eropah ddengan pejabat-pejabat cawangan terdapat di merata dunia.Bahagian utama syarikat Siemens ialah Industri, Tenaga, Kesihatan (Siemens Healthineers), dan Prasarana & Bandar, yang mewakili aktiviti-aktiviti utama syarikat.[3][4][5] Syarikat ini merupakan syarikat terkemuka dalam pembuatan peralatan perubatan dan bahagian jagaan kesihatan perubatannya, yang menjana kira-kira 12% jumlah jualan syarikat ialah unit kedua paling menguntungkan, selepas industri automasi industri.[6] Siemens adalah salah satu komponen dalam indeks pasaran saham Euro Stoxx 50.[7] Siemens dan anak-anak syarikatnya menggajikan kira-kira 362,000 orang di seluruh dunia dan melaporkan pendapatan global mereka adalah sekitar 75.6 bilion pada 2015 menurut laporan tahunan mereka.

Siemens

Industri Konglomerat
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Pendapatan operasi ▲ €8.309 bilion (2017)[1]
Jumlah aset ▲ €133.804 bilion (2017)[1]
Pendapatan bersih ▲ €6.046 bilion (2017)[1]
Bilangan pekerja 379,000 (2018)[1]
Perancang utama Joe Kaeser
(CEO sejak 1 Ogos 2013)
Gerhard Cromme
(Pengerusi Lembaga Penyeliaan)
Jumlah ekuiti ▲ €43.089 bilion (2017)[1]
Ibu pejabat Berlin dan Munich, Jerman
Laman sesawang www.siemens.com
Pengasas Werner von Siemens
Keluaran Teknologi jana kuasa, automasi bangunan dan perindustrian, teknologi perubatan, kenderaan rel, sistem rawatan air, penggera kebakaran, perisian PLM
Ditubuhkan 12 Oktober 1847; 172 tahun yang lalu (1847-10-12)
Berlin, Kerajaan Prusia
Hasil ▲ €83.049 bilion (2017)[1]
Pembahagian Process Industries and Drives, Digital Factory, Energy Management, Healthineers, Mobility, Power and Gas, Power Generation Services, Wind Power and Renewables, Building Technologies
Didagangkan sebagai FWBSIE
Komponen DAX
Jenis Aktiengesellschaft
Perkhidmatan Perkhidmatan perniagaan, kewangan, kejuruteraan projek dan pembinaan