Sierra_Leone
Sierra_Leone

Sierra_Leone

Republik Sierra Leone atau Sierra Leone merupakan sebuah negara di Afrika Barat. Namanya merupakan perkataan bahasa Portugis untuk "Banjaran Singa". Ibu negaranya, Freetown diasaskan pada 1787 oleh Syarikat Sierra Leone sebagai petempatan untuk bekas hamba keturunan Afrika-Amerika yang berjuang bagi pihak British dalam Perang Revolusi Amerika. Freetown menjadi Tanah Jajahan Mahkota pada 1896 manakala kawasan di sekelilingnya dijadikan negeri naungan British.Kedua-dua entiti ini mencapai kemerdekaan sebagai satu negara pada 1961. Dari 1991 hingga 2002, Sierra Leone telah mengalami kemusnahan dan kemunduran disebabkan gerakan pemberontakan. Angkatan bersenjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan United Kingdom telah menewaskan anggota militia dan pemberontak itu pada 2002. Sejak itu, keamanan telah dikembalikan. Pilihan raya presiden dan umum telah diadakan pada Ogos 2007.