Sikkim
Sikkim

Sikkim

Kepadatan• 76.17/km2 (197/sq mi)Sikkim (bahasa Nepali:  सिक्किम (bantuan·maklumat), juga Sikhim) ialah sebuah negeri India yang dilingkungi daratan sepenuhnya yang terletak di banjaran Himalaya. Sikkim ialah negeri yang paling sedikit penduduknya di India,[1] dan kedua terkecil keluasannya mengekori Goa. Negeri berbentuk ibu jari ini bersempadan dengan Nepal di barat, Tibet di utara dan timur, dan Bhutan di tenggara, serta negeri Bengal Barat di selatan.[2] Bahasa-bahasa rasminya ialah bahasa Hindi , Bhutia, Nepali, Lepcha, Limbu, dan Inggeris. Bahasa yang digunakan dalam hampir segala urusan bertulis ialah bahasa Inggeris. Agama-agama yang utamanya ialah agama Hindu dan agama Buddha Vajrayana. Gangtok ialah ibu negeri dan bandar terbesar Sikkim.[3]Meskipun saiznya yang kecil, namun Sikkim menikmati kepelbagaian geografi, disebabkan lokasinya di rantau Himalaya. Iklimnya antara subtropika ke pergunungan tinggi. Kangchenjunga, kemuncak ketiga tertinggi di dunia, terletak di bahagian barat laut pada sempadan Nepal, dan boleh dilihat daripada kebanyakan tempat di negeri ini.[2] Sikkim ialah sebuah destinasi pelancongan popular kerana budaya, keindahan pemandangan dan kepelbagaian biologinya.