Dalam bidang
kaji cuaca, kata
siklon merujuk kepada sebuah kawasan putaran bendalir tertutup bulat yang berputar dalam arah yang sama dengan
Bumi.
[1][2] Ini lazimnya dicirikan
angin ber
pilin ke dalam yang berputar dalam arah
lawan arah jam di
Hemisfera Utara dan putaran
ikut arah jam di Hemisfera Selatan Bumi. Kebanyakan kitaran siklon berskala besar berpusat pada kawasan-kawasan
tekanan atmosfera rendah.
[3][4]Sistem tekanan rendah terbesar ialah siklon kutub
teras sejuk dan siklon luar tropika yang terdapat dalam
skala synoptik. Mengikut glosari National Hurricane Center (Pusat Hurikan Kebangsaan, NHC) Amerika Syarikat, siklon teras panas seperti
siklon tropika dan
siklon subtropika juga terletak dalam skala synoptik.
[5]Mesocyclone, tornado dan pusar debu (dust devil) terletak dalam
mesoskala yang lebih kecil.
[6]Siklon aras atas dapat wujud tanpa kehadiran kerendahan di permukaan, dan dapat berpisah daripada dasar
lekukan tropika (Tropical Upper Tropospheric Trough) pada musim panas di Hemisfera Utara. Siklon juga dilihat pada planet luar bumi, seperti
Marikh dan
Neptun.
[7][8]Siklogenesis memerikan proses pembentukan siklon dan penambahan daya siklon.
[9] Siklon luar tropika terbentuk sebagai gelombang pada wilayah besar yang mengandungi peningkatan perbezaan suhu pertengahan latitud, yang dipanggil
zon baroklinik. Zon-zon ini mengecil dan membentuk
pemuka cuaca sambil kitaran siklon mengecut dan bertambah kuat. Kemudian, dalam kitaran hidup siklon, siklon akan
bertaup sebagai sistem teras sejuk. Dalam kitaran hidupnya selama 2 ke 6 hari, laluan siklon dipandu oleh aliran
arus jet subtropika.