Silat_Bongsu

Seni Silat Bongsu merupakan versi silat terakhir dalam rumpun Seni Silat bagi perguruan yang dikenali sebagai Pertubuhan Seni Silat Telapak Nusantara Malaysia. Ia sebagai kayu pengukur utama pesilat & menjadi kunci setiap peringkat gelanggang. Silat Bongsu mestilah dikuasai dan dijadikan pakaian diri, kebiasaan atau tabiat semulajadi ketika bersilat. Ini penting bagi menghayati kaedah lanjutan yang lebih halus dan rumit diperingkat yang berikutnya. Seni Silat Bongsu boleh diambil sebagai kaedah untuk senaman/regangan, asas bersilat, perubatan/kesihatan atau asas kesenian. Tekniknya bersifat sebagai 'Seni Silat', Sendi Silat', 'Ibu Silat', 'Ibu Gerak' atau 'Ibu Langkah'. Ia juga amat kaya dengan pelbagai falsafah pendekar yang mesti dihayati bagi meningkatkan kefahaman & kemahiran persilatan.