Silat_Gerak_Lintar_Sari

Silat ini didaftarkan di bawah Angkatan Seni Silat Melaka dengan nama Seni Silat Gerak Lintar Sari. Silat ini dikembangkan oleh Hussin Baba yang mewarisinya daripada Panglima Haji Karim di Batu Pahat, Johor.Silat ini pernah mempunyai gelanggang di Kampong Chen dan Alor Gajah di Melaka, Pantai Dalam dan Sentul di Kuala Lumpur, Pelabuhan Kelang dan Banting di Selangor. Silat ini tergolong di dalam kategori silat gerak sendiri yang mana murid-murid yang telah diijazahkan boleh bersilat dengan apa sahaja gerak yang mereka minta. Selain daripada dapat membaca gerak atau langkah musuh, ahli silat ini juga boleh mengkaji apa yang tergerak di hati musuh.