Silat_Lokma

Silat Lokma ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak.Silat ini telah dibawa ke Kuching, Sarawak oleh Haji Paris bin Haji Mohammad dari Pulau Sarasan, Indonesia. Kemudiannya, silat ini telah dikembangkan oleh anak beliau, Hj Perhi bin Hj Paris dari awal tahun 1960-an hingga pertengahan tahun 1970-an. Seterusnya tugas mengajar diambl alih oleh murid kanan Hj Perhi iaitu Hj Arpan Molana bin Derin sehingga beliau berhenti mengajar pada tahun 1987. Selepas itu, tugas mengajar silat ini diambil alih oleh Hj Khairuddin, anak saudara Hj Perhi. Beliau belajar silat ini dengan Hj Perhi dqn Hj Arpan.Silat ini melatih ahlinya untuk membela diri dalam semua keadaan sama ada berdiri, duduk bertinggung, duduk, merangkak, baring dan meniarap. Silat ini tidak menggunakan teknik patah dan tangkap dengan tangan. Senjata tradisional yang perlu dipelajari adalah taipi cincin, tembong, tongkat, kayu dua, pisau, keris, kerambit, rantai, pinang layang, parang dan tombak.