Silat_Melayu_Asli_Sarawak

Silat Melayu Asli Sarawak ialah sebuah Perguruan Silat yang bergerak di Sarawak. Silat ini dikatakan berasal dari Sambas, Kalimantan, Indonesia dan dibawa masuk ke Sarawak oleh seorang ahli perniagaan bernama Hj Jeraie. Silat ini boleh dikategorikan sebagai jenis silat pukulan kerana ia menitikberatkan pelajaran buah pukulan. Silat ini mengandungi 12 jenis pukulan yang dinamakan Spring 12. Antara 12 pukulan tersebut temasuklah pukulan Cekak, Kibau, Betawi, Hailam dan Hantu Bangkit.