Silikon
Silikon

Silikon

(3265 °C, 5909 °F)Silikon (Latin: silicium) merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Si dan nombor atom 14. Silikon adalah sejenis metaloid tetravalen yang kurang reaktif berbanding dengan analog kimianya, karbon. Ia merupakan unsur kedua paling berlimpah di dalam kerak Bumi, mencapai hampir 25.7% mengikut berat. Ia wujud di dalam tanah liat, feldspar, granit, kuartza dan pasir, kebanyakannya dalam bentuk silikon dioksida (juga dikenali sebagai silika) dan dalam bentuk silikat, (beraneka jenis sebatian yang mengandungi silikon, oksigen dan satu atau pelbagai jenis logam lain). Silikon adalah merupakan juzuk utama di dalam kebanyakan peranti semikonduktor, dan sekiranya dalam bentuk silika dan silikat, dalam kaca, simen, seramik. Ia juga merupakan juzuk dalam silikone, nama yang diberikan kepada pelbagai jenis bahan plastik yang sering dikelirukan sebagai silikon. Silikon digunakan secara meluas dalam semikonduktor kerana ia mempunyai arus bocoran balikan yang lebih rendah daripada semikonduktor germanium, dan juga kerana oksida aslinya mudah dihasilkan di dalam relau dan membentuk antara muka semikonduktor/dielektrik yang lebih baik berbanding dengan hampir semua jenis gabungan bahan.

Rujukan

WikiPedia: Silikon http://mineral.galleries.com/minerals/elements/sil... http://www.processpecialties.com/siliconp.htm http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://periodic.lanl.gov/elements/14.html http://minerals.usgs.gov/minerals/pubs/commodity/s... http://www.sciencegateway.org/isotope/phosp32.html http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11976956v https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11976956v https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85122512