Sima_Qian
Sima_Qian

Sima_Qian

Sima Qian (Cina Tradisional: 司馬遷, Cina Ringkas: 司马迁 sekitar 145 SM –90 SM) ialah seorang Pengawas Jurutulis Agung (太史令) Dinasti Han. Beliau dianggap sebagai bapa historiografi Cina kerana karya beliau yang disanjung tinggi, iaitu Shiji (史記 - "Catatan Sejarawan Agung"), yang membawa gambaran keseluruhan sejarah China yang meliputi lebih dua ribu tahun mulai dari zaman pemerintahan Maharaja Kuning hingga Maharaja Han Wudi (漢武帝).[1][2][3][4] Karya tetap beliau menyediakan asas kepada historiografi Cina zaman-zaman seterusnya.