Simanggang
Simanggang

Simanggang

Simanggang merupakan salah satu bandar pelabuhan dan daerah yang terletak di Sarawak, Malaysia. Dikenali juga sebagai Bandar Sri Aman yang terletak di Sungai Batang Lupar ini juga pada asalnya adalah Simanggang. Ditukar nama dari Sri Aman yang telah digunapakai sejak dari tahun 1974 sempena peristiwa penyerahan diri anggota parti komunis (PKKU) yang dipimpin oleh Bong Kee Chok. Peristiwa ini dikenali sebagai Deklarasi Sri Aman yang telah dimeterai bersama oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu, Tun Abdul Rahman Yakub pada 21 Oktober 1973. Pengisytiharan penukaran nama dari Sri Aman kepada nama Simanggang ini diumukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg pada 25 Oktober 2019 sempena merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2019 di Astaka Regatta Tebingan Batang Lupar, Simanggang, Sarawak.Simanggang mempunyai sejarah yang penting semasa era penjajahan. Ia juga merupakan pintu gerbang bagi pelawat untuk menuju ke Taman Negara Batang Ai dan melawat rumah panjang tadisional kaum Iban yang terdapat di sepanjang sungai. Kini, Simanggang merupakan bahagian kedua pentadbiran negeri Sarawak.Sri Aman terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang dan fenomena unik ombak gadang di Sungai Batang Lupar yang digelar benak.[2] Sungai Batang Lupar merupakan salah satu daripada kira-kira 400 sungai dan muara di dunia yang mengalami fenomena ini. Benak akan muncul dari kuala dan memenuhi sungai dengan cepat dalam jangka masa kira-kira 10 minit. Puncak ombak benak boleh mencapai ketinggian 2-3 meter.Terdapat jadual yang mengenai masa dan tarikh fenomena benak akan berlaku. Namun, benak besar hanya akan berlaku beberapa kali dalam setahun. benak yang berlaku di sungai tersebut. Pesta Benak diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh sebagai acara utama. Terdapat juga acara-acara sampingan yang lain sepanjang pesta tersebut.Sri Aman terkenal dengan sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, Ikan Bulu sejenis ikan sungai yang sering dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar). Terdapat juga Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) seperti ikan jan salai & ikan lumek salai.

Rujukan

WikiPedia: Simanggang http://espace.library.uq.edu.au/view/UQ:185349 http://sarawaktourism.com/attraction/sri-aman-town... http://kubualice.webs.com/sejarah-latar-belakang http://www.wongfookyee.com/HTML/Shirley/Events/200... http://carolusoutdoorlife.blogspot.my/2016/03/moun... http://hadiftareh.blogspot.my/2012/07/sri-aman.htm... http://www.sriamandc.sarawak.gov.my/ http://kggua.pi1m.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ek... http://www.sarawakiana.net/2014/04/sektor-pertania... https://www.facebook.com/BorneoOracle/photos/a.449...