Keluaran SimetriSiti

Pelancaran dan promosi

Untuk mempromosikan SimetriSiti, pra-tempahan secara eksklusif bagi album boleh didapati di Lazada Malaysia dari 5 sehingga 9 Mei 2017.[29] Bagaimanapun berikutan jumlah terhad bagi salinan dan kulit album eksklusif dan poskad tambahan, semua 300 salinan bagi edisi eksklusif habis dijual dalam masa 20 minit pada hari pertama.[29] Tidak seperti keluaran kulit album piawai, versi eksklusif menampilkan kulit depan yang berbeza, lengkap dengan tandatangan bercetak Siti.[29] Pada 5 Mei juga, beliau melancarkan album ini di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur.[13] semasa pelancaran album ini, beliau menyanyikan 10 lagu SimetriSiti secara medley dalam masa 20 minit.[30] Muzik video untuk "Segala Perasaan" dan "Bersandar Cinta" juga dipertontonkan semasa majlis itu.[31]

Untuk pasaran Indonesia bagaimanapun, SimetriSiti hanya mengandungi 9 lagu.[15] Sejak hakcipta lagu itu dikongsi antara Universal Music Group (Malaysia) dan Sony Music Indonesia, "Kisah Ku Inginkan", lagu duet bersama tidak dimuatkan dalam SimetriSiti di Indonesia.[15] Bagaimanapun, lagu tersebut akan dimuatkan dalam album terbaru Judika yang akan datang.[15]

Album SimetriSiti juga boleh didapati menerusi butik Creacion dan stesen minyak Petronas yang terpilih bersempena kehadiran bulan Ramadan, bagi memudahkan peminat mendapatkan album terbarunya.[32]

Single

  • "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama SimetriSiti.[29] Ia dikeluarkan pada 27 April untuk penstriman dan muat turun.[29] Semasa keluarannya, "Segala Perasaan" menduduki tangga teratas di carta lagu teratas iTunes Malaysia.[33] Menurut Siti, "Segala Perasaan" mencabar vokalnya dan ia memerlukan beliau untuk memahami lirik sambil menyanyi.[33] Untuk muzik video "Segala Perasaan", Siti memegang watak superheroin, peranan pertamanya yang sedemikian.[34]
  • "Bersandar Cinta" menjadi single kedua album ini, dikeluarkan pada 15 Jun 2017.
  • "Aku Bukan Malaikat" menjadi single ketiga SimetriSiti, dikeluarkan pada 21 September 2017.

Rujukan

WikiPedia: SimetriSiti http://www.allmusic.com/album/simetrisiti-mw000305... http://english.astroawani.com/entertainment-news/s... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/simetrisi... http://www.budiey.com/dato-siti-nurhaliza-pertaruh... http://www.cumicumi.com/news/cumi-music/111325/ber... http://malaysiagazette.com/v2/blog/2017/05/09/albu... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/20... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/23... http://www.rojakdaily.com/entertainment/article/25... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita...