Simeulue
Simeulue

Simeulue

Simeulue merupakan sebuah kabupaten di tengah Lautan Hindi, lebih kurang 120 batu dari pantai barat Aceh. Kabupaten Simeulue berpisah dengan Kabupaten Aceh Barat pada tahun 2000. Ibu kota Kabupaten Simeulue ialah Sinabang.Penduduk Kabupaten Simeulue kelihatan seperti orang Nias, dengan kulit kuning serta mata seperti orang Cina, dan mempunyai bahasa yang berbeza dengan tanah besar Aceh. Hampir seluruh penduduk kepulauan ini beragama Islam. Disebabkan kedudukan geografinya yang berasingan, huru hara pertikaian di tanah besar Aceh tidak pernah melimpah ke kawasan ini, bahkan tidak ada pergerakan GAM di kawasan kepulauan ini.Kabupaten ini terkenal dengan hasil cengkihnya. Salah satu keistimewaan kabupaten Simeulue yang menjadi ciri khas adalah kerbau Simeulue. Walaupun kerbau ini kecil sahaja, rasa dagingnya lebih manis daripada kerbau di tanah besar dan oleh itu, telah dijual di luar pulau Simeulue dengan harga yang tinggi disebabkan mutunya.