Sinaran_Pasport_Kegemilangan

Sinaran Pasport Kegemilangan ialah sebuah pertandingan untuk mencungkil bakat di kalangan orang yang berbakat dalam bidang seni di seluruh Malaysia. Kali pertama disiarkan di TV3 pada tahun 1994 dan mula disiarkan pada 4 Jun tahun itu. Musim pertama di mana Shamsul Ghau Ghau dengan 'tag-line'nya ghau-ghau bau dia muncul sebagai juara. Fokus rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan berubah-ubah, di mana contohnya dalam dua musim pertama, ia lebih memfokuskan kepada komedi, berbanding musim ketiga dan keempat yang lebih memfokuskan kepada nyanyian.Sinaran Pasport Kegemilangan bertahan selama sepuluh musim sehingga tahun 2002, walaupun musim kesepuluh telah bermula pada November tahun sebelumnya. Musim kesebelas rancangan ini hampir diadakan pada tahun 2007, namun perancangan untuk mewujudkan semula rancangan ini dibatalkan walaupun ujibakat telah berlangsung. Musim kelapan rancangan ini dipanggil Sinaran 2000, manakala Sinaran Pertiwi yang memfokuskan kepada lagu-lagu patriotik disiarkan pada tahun 2001 dan dianggap tidak mengikuti nombor musim rancangan Sinaran.

Berkaitan