Sindrom_kejutan_denggi

Sindrom kejutan denggi (Bahasa Inggeris: Dengue shock syndrome, DSS), juga tersilap anggap sebagai demam denggi berdarah, dicirikan dengan simptom-simpton sakit abdomen dan perdarahan dalam demam denggi, ditambah kegagalan sistem darah. Demam denggi berdarah terjadi tiba-tiba dengan demam melampau, sakit kepala, sakit tekak, batuk, rasa loya dan muntah. Sindrom kejutan denggi ialah jenis demam denggi yang paling tenat. Kejutannya berlaku selepas dua hingga enam hari mengalami simptomnya, diikuti rebah, nadi lemah, dan kebiruan keliling mulut. Simptom-simpton lainnya termasuk: mudah lebam, bintik-bintik darah, gusi dan hidung berdarah. Sindrom kejutan denggi boleh membawa maut. Kadar kematian akibat sindrom ini adalah 6–30%, paling kerap berlaku pada kanak-kanak.