Sindrom_pernafasan_akut_teruk_koronavirus_2
Sindrom_pernafasan_akut_teruk_koronavirus_2

Sindrom_pernafasan_akut_teruk_koronavirus_2

Sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2),[3][4] dahulunya dikenali sebagai novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) serta pernah dinamakan sementara sebagai 2019-nCoV,[5][6] ialah sejenis virus berjangkit yang menyebabkan jangkitan pernafasan (COVID-19) dan telah menunjukkan bukti penularn manusia ke manusia, kali pertama dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Wuhan, Hubei, China, sebagai penyebab wabak koronavirus Wuhan 2019–20 yang sedang berlaku.[7] Penjujukan genom telah menunjukkan bahawa virus ini ialah koronavirus RNA bebenang tunggal dan bermakna positif.[8][9][10]Disebabkan laporan bahawa kes terawal mempunyai perkaitan epidemiologi dengan pasar makanan laut dan haiwan yang besar, virus ini diingatkan mempunyai punca zoonosis, walaupun ini belum disahkan.[11] Bandingan urutan genetik antara virus ini dan sampel virus wujud yang lain telah menunjukkan persamaan dengan SARS-CoV (79.5%)[4] dan koronavirus kelawar (96%),[4] dengan kemungkinan punca dalam kelawar dibuat spekulasi.[12]

Rujukan

WikiPedia: Sindrom_pernafasan_akut_teruk_koronavirus_2 http://www.chinacdc.cn/dfdt/201912/t20191226_20940... http://www.xinhuanet.com/english/2020-01/09/c_1386... http://www.dph.illinois.gov/topics-services/diseas... http://www.nj.gov/health/cd/documents/topics/NCOV/... //doi.org/10.1038%2Fd41586-020-00180-8 //doi.org/10.1038%2Fd41586-020-00209-y //www.worldcat.org/issn/0028-0836 https://gisanddata.maps.arcgis.com/apps/opsdashboa... https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51371770 https://www.bbc.com/news/world-asia-china-51466362