Singa_Asia
Singa_Asia

Singa_Asia

Panthera leo asiaticus
(Brehm, 1829)
Panthera leo bengalensis
(Bennett, 1829)
Panthera leo indica
(Smee, 1833)
Panthera leo goojratensis
(de Blainville, 1843)Singa Asia (Panthera leo persica), juga dikenali sebagai singa India dan singa Parsi,[3][4] merupakan salah satu subspesies singa yang hidup sebagai satu populasi tunggal di Gujarat, India. Ia tersenarai sebagai Terancam dalam Senarai Merah IUCN kerana saiz populasinya kecil.[1]Singa Asia mula-mula dihuraikan oleh ahli zoologi Austria Johann N. Meyer di bawah trinomen Felis leo persicus.[5] Taburan sejarahnya mencakupi negara-negara Turki, Iran, Mesopotamia, dan India Tengah mulai timur Sungai Indus di bekas Wilayah Sind hingga Benggala dan Sungai Narmada.[6][7]Sejak tahun 2010, populasi singa di dalam dan sekitar Taman Negara Hutan Gir meningkat stabil.[8] Pada Mei 2015, Banci Singa Asia ke-14 diadakan di kawasan seluas 20,000 km²; populasi singa dianggarkan sebanyak 523 ekor individu, iaitu 109 jantan dewasa, 201 betina dewasa dan 213 anak.[9][10] Pada Ogos 2017, Banci Singa Asia mendapati 650 ekor individu liar.[11][12]Singa Asia merupakan salah satu daripada lima jenis rumpun harimau yang diketahui hidup di India, di samping harimau Benggala, harimau bintang India, harimau bintang salji dan harimau dahan.[13][14]

Rujukan

WikiPedia: Singa_Asia http://www.deccanherald.com/content/476837/asiatic... http://deshgujarat.com/2015/05/10/asiatic-lion-pop... http://www.google.com/books?id=JgAMbNSt8ikC&pg=PA5... http://www.indialivetoday.com/gir-forest-asiatic-l... http://timesofindia.indiatimes.com/city/ahmedabad/... http://www.bucknell.edu/msw3/browse.asp?id=1400023... http://carnivoractionplans1.free.fr/wildcats.pdf //doi.org/10.1016%2Fj.biocon.2011.02.009 http://www.iucnredlist.org/apps/redlist/details/15... //www.worldcat.org/oclc/62265494