Singapura
Singapura

Singapura

Republik Singapura ialah sebuah negara pulau yang terletak di tepi hujung selatan Semenanjung Melayu, 137 kilometer (85 mi) di utara garisan Khatulistiwa, di Asia Tenggara. Ia terpisah dari Malaysia dengan Selat Johor di utara, dan Kepulauan Riau Indonesia dengan Selat Singapura di selatan. Singapura ialah pusat kewangan keempat terunggul[16] dan sebuah bandaraya global metropolitan yang memainkan peranan penting dalam perdagangan dan kewangan antarabangsa. Pelabuhan Singapura ialah salah sebuah daripada lima pelabuhan tersibuk dunia.[17]Singapura mencatat sejarah penghijrahan yang lama sekali, yang menyumbang kepada hampir 5 juta penduduk berbilang budaya yang terdiri daripada kaum Cina, Melayu, India, orang Asia lain, dan ras Caucasus.[18] 42% penduduk Singapura ialah orang asing yang bekerja atau belajar di sini. 50% pekerjaan perkhidmatan diisi oleh pekerja asing.[19][20] Singapura merupakan negara yang kedua paling padat dengan penduduk di dunia, di belakang Monaco.[21] A.T. Kearney mengungkit nama Singapura sebagai negara paling global di dunia dalam Indeks Globalisasi.[22]Sebelum merdeka pada tahun 1965, Singapura sudah menjadi pelabuhan yang bersemangat dengan KDNK per kapita sebanyak $511, iaitu ketiga tertinggi di Asia Timur ketika itu.[23] Selepas merdeka, pelaburan langsung asing dan dorongan kerajaan ke arah pengindustrian berasaskan rancangan bekas Timbalan Perdana Menteri Dr. Goh Keng Swee membentuk sebuah ekonomi yang baru.[24]Economist Intelligence Unit meletakkan Singapura sebagai negara yang mempunyai kualiti hidup terbaik di Asia dan kesebelas terbaik di seluruh dunia dalam senarai "Quality-Of-Life Index".[25] Singapura memiliki rizab pertukaran asing kesembilan terbesar di dunia.[26][27] Negara ini juga dilengkapi angkatan tentera yang canggih dan lengkap dari segi teknologinya.[28][29]

Singapura

• Bancian 2010 5,076,700[12] (ke-115)
• Penubuhan 29 Januari 1819[5]
Zon masa UTC+8 (SST)
Pemerintahan Republik
• Menyertai Malaysia 31 Ogos 1963[7][8]
Perundangan Parlimen
• Anggaran 2009 4,987,600
• Kepadatan 7,022[13]/km2 (18,186.9/sq mi) (ke-3)
Bahasa rasmi Inggeris (bahasa yang diiktiraf)[1][2]
Melayu (bahasa kebangsaan)[3][4]
Mandarin
Tamil
KDNK (PPP) Anggaran 2010 
Mata wang Dolar Singapura (SGD)
• Kemerdekaan dari Malaysia 9 Ogos 1965[11]
Format tarikh dd/mm/yyyy
• Perdana Menteri Lee Hsien Loong
Ibu kota Singapura
(Downtown Core, Central)1
• Pertumbuhan Persekutuan Malaysia 16 September 1963[9]
• Per kapita $40,336[14]
• Pemerintahan sendiri 3 Jun 1959[6]
Bahagian memandu kiri
Kod panggilan +652
• Perpisahan dari Malaysia 7 Ogos 1965[10]
• Total $255.338 billion[14]
KDNK (nominal) Anggaran 2010 
• Jumlah $194.918 billion[14]
• Air (%) 1.444
HDI (2010) ▲ 0.846[15]
Ralat: Nilai HDI tidak sah · ke-27
Internet TLD .sg
• Presiden Halimah Yacob

Rujukan

WikiPedia: Singapura http://www.24hrart.org.au/pdf's/Utama_Every.pdf http://english.peopledaily.com.cn/90001/90780/9134... http://business.asiaone.com/Business/News/SME+Cent... http://www.channelnewsasia.com/stories/afp_asiapac... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporebu... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/singaporelo... http://www.channelnewsasia.com/stories/specialrepo...