Single_Bunga

Bunga merupakan sebuah album single yang dihasilkan oleh Ara Johari pada tahun 2017.[1] Lagu ini yang merubahkan lagu single terbaharu untuk catatan di YouTube. Edisi terbaharu berjudul ‘Bunga’ merupakan hasil ciptaan Akim Ahmad atau lebih dikenali sebagai Hang Nadim, dan beliau turut berkolaborasi bersama Laq dan Kadok. Lagu Bunga ini ditujukan buat kaum wanita yang diibaratkan sebagai ‘Bunga’ yang sedang mekar berkembang cantik tetapi hatinya telah dirobek dan diperbodohkan oleh sesetengah kaum lelaki yang suka mengambil kesempatan dan lebih malang lagi ditinggalkannya begitu sahaja.[2]