Sinkretisme

Sinkretisme (Syncretism ) merupakan usaha bagi menyelaraskan kepercayaan-kepercayaan berbeza atau bertentangan, sering kali semasa mengabungkan amalan-amalan dan pelbagai cara pemikiran. Istilah ini mungkin merujuk kepada percubaan untuk mengabungkan dan membuat analogi beberapa tradisi yang pada asalnya berbeza, terutama dari segi teologi dan mitos keagamaan, dan dengan itu menegaskan satu perpaduan asas yang membenarkan bagi untuk satu pendekatan yang menyeluruh dengan kepercayaan-kepercayaan lain.Sinkretisme turut wujud dalam penulisan, muzik, seni gambaran (representational art) dan gambaran kebudayaan yang lain. (Banding dengan konsep eclecticism.) Sinkretisme turut wujud dalam seni bina. Sinkretisme turut wujud dalam politik, sungguhpun dalam pengelasan politik istilah ini mempunyai erti yang lain.