Sintesis_nuklear_najam

Sintesis nuklear najam (Inggeris: stellar nucleosynthesis) ialah proses yang membentuk unsur-unsur di dalam teras bintang-bintang. Bintang-bintang dikatakan berubah mengikut perubahan dalam kelimpahan unsur-unsur di dalamnya. Bintang kehilangan kebanyakan jisimnya apabila ia dilenting keluar daripada bintang pada peringkat akhir hayatnya, dengan itu meningkatkan kelimpahan unsur-unsur lebih berat daripada helium di dalam bahantara antara najam. Istilah sintesis nuklear supernova digunakan untuk menerangkan penghasilan unsur-unsur ketika letupan sebuah bintang. Perangsang utama dalam penghasilan teori sintesis nuklear ialah perbezaan dalam kelimpahan unsur kimia dalam alam semesta. Kelimpahan ini, apabila diplotkan di atas graf sebagai fungsi kepada nombor atom unsur tersebut, mempunyai bentuk bercerakah yang perbezaannya sehingga puluhan juta kali ganda. Ini mencadangkan proses semula jadi berbanding penyebaran rawak. Graf kelimpahan seperti ini boleh dilihat di Sejarah teori sintesis nuklear. Sintesis nuklear najam merupakan penyumbang utama beberapa proses yang turut tergolong dalam istilah jamak sintesis nuklear. Perangsang kedua kepada pemahaman proses-proses sintesis nuklear najam terjadi pada abad ke-20, apabila didapati bahawa tenaga yang dilepaskan melalui tindak balas lakuran nuklear menyebabkan kepanjangan usia Matahari sebagai sumber haba dan cahaya. Pelakuran nuklei di dalam bintang, bermula daripada kelimpahan hidrogen dan helium yang asal, menyediakan tenaga itu dan mensintesis nuklei baru sebagai bahan sampingan proses lakuran itu. Hal ini menjadi jelas ketika dekad sebelum Perang Dunia Kedua. Nuklei hasil lakuran terhad kepada nuklei-nuklei yang hanya berat sedikit daripada nuklei yang melakur; oleh itu ia tidak memberi sumbangan yang begitu besar kepada kelimpahan semula jadi unsur-unsur. Walau bagaimanapun, pendapat ini memungkinkan penjelasan bagi semua kelimpahan unsur dengan cara ini. Penghasil tenaga utama matahari ialah pelakuran hidrogen kepada helium yang berlaku pada suhu minimum 3 juta kelvin.