Siri_Ultra

Siri Ultra (ウルトラシリーズ, Urutora Shirīzu) ialah nama kolektif bagi semua rancangan-rancangan terbitan Tsuburaya Productions yang menampilkan Ultraman dan saudara-saudaranya yang ramai (namun sebilangan kecil rancangan ini, seperti Siri Ultra yang pertama, iaitu Ultra Q, tidak menampakkan mana-mana wira Ultra). Siri Ultra ialah salah satu terbitan adiwira tokusatsu yang terpenting dari Jepun, di samping Kamen Rider, Super Sentai, dan Metal Heroes.