Sirius_Black
Sirius_Black

Sirius_Black


Sirius Black (kk. 1958-Jun 1996) merupakan watak rekaan ciptaan J. K. Rowling bagi siri Harry Potter. Beliau adalah anak Orion dan Walburga Black dan belajar di Sekolah Sihir Hogwarts dan satu-satunya ahli Keluarga Black yang dimasukkan ke dalam rumah Gryffindor.Dia merupakan bapa angkat bagi Harry dari buku pertama hingga ke lima di mana dia merupakan sahabat baik kepada bapa Harry Potter, iaitu James Potter. Walau bagaimanapun, Harry hanya mengetahuinya ketika tahun ketiganya di Hogwarts setelah kekecohan yang Black telah melarikan diri dari Azkaban. Itupun pada mulanya, Harry mengenali Black sebagai pengikut setia Lord Voldemort yang telah membunuh belasan orang ketika Voldemort melenyapkan diri. Black mati setelah bertarung dengan Bellatrix Lestrange. Beliau juga seorang animagi iaitu pakar dalam menukarkan bentuk badannya kepada kepada haiwan dan Sirius mampu bertukar kepada seekor anjing hitam.Sirius amat memusuhi guru yang mengajar subjek Posyen Harry iaitu Profesor Severus Snape.