Sistem_Penguatkuasaan_Automatik

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah satu usaha kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pengangkutan / Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memperbaiki dan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia yang dikira terlalu tinggi. JPJ menswastakan projek AES itu. Dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, timbalan menteri pengangkutan memaklumkan bahawa urusan itu akan dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd. Kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan kerana mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini. Kereta yang dipandu laju melebihi had yang ditetapkan akan dikenakan saman RM300. Sistem AES dikuatkuasakan pada 23 September 2012. Pada lapan hari pertama pelancarannya, sebanyak 63,558 kesalahan trafik telah dicatatkan dan sebanyak 170 juta saman akan dikeluarkan. AES dimiliki oleh Kementerian Pengangkutan dan bukan entiti persendirian.