Struktur Sistem_Suria

Orbit dari badan-badan pada Sistem Suria dengan berskala (arah jam dari kiri atas)
Sistem Suria menunjukkan satah dari orbit Bumi yang mengelilingi Matahari dalam 3D. Utarid, Zuhrah, Bumi, dan Marikh ditunjukkan pada kedua-dua panel; panel kanan juga menunjukkan Musytari membuat satu revolusi penuh dengan Zuhal dan Uranus yang membuat kurang dari satu revolusi penuh.

Komponen prinsipal dari Sistem Suria ialah Matahari, sebuah Bintang utama urutan G2 yang mengandungi 99.86 peratus dari jisim sistem yang diketahui dan menguasainya secara graviti.[5] Empat badan pengorbit Matahari yang terbesar, gergasi gas, menghitungkan untuk 99 peratus dari jisim yang tertinggal, dengan Musytari dan Zuhal bersama mengandungi lebih dari 90 peratus.[c]

Kebanyakan objek besar mengorbit mengelilingi Matahari yang berada berhampiran satah orbit Bumi, dikenali sebagai ekliptik. Planet tersebut amat rapat kepada ekliptik manakala komet dan lingkaran Kuiper kerapkali pada pentingnya sudut lebihan kepadanya.[6][7] Kesemua planet dan kebanyakan objek lain mengorbit Matahari pada arah yang sama bhaawa Matahari berputar (arah lawan jam, seperti yang dilihat dari atas kutub utara Matahari).[8] Terdapat pengecualian, seperti Komet Halley.

Purata struktur dari rantau yang dicartakan dari Sistem Suria terdiri dari Matahari, empat planet yang relatifnya kecil yang dikelilingi oleh jalur dari batuan asteroid, dan empat gergasi gas yang dikelilingi oleh lingkaran Kuiper dari objek berais. Ahli astronomi kadangkala secara tidak rasminya membahagikan strukturnya kepada rantau perasingan. Sistem Suria dalaman termasuk empat planet terestrial dan lingkaran asteroid. Sistem Suria luaran adalah melebihi asteroid, termasuk empat gergasi gas.[9] Sejak penemuan lingkaran Kuiper, bahagian paling luar dari Sistem Suria dianggap rantau yang tersendiri yang terdiri dari objek melebihi Neptun.[10]

Kebanyakan dari planet dari Sistem Suria mengandungi sistem sekunder dari mereka sendiri, diorbit oleh objek planet yang dipanggil satelit semulajadi, atau bulan (dua darinya lebih besar berbanding planet Utarid), atau, dalam hal dari empat gergasi gas, oleh cincin planet; kumpulan nipis dari zarah kecil yang mengorbit mereka secara serentak. Kebanyakan dari satelit semulajadi yang terbesar adalah pada putaran segerak, dengan satu mengadap secara kekal menghala ibubapa mereka.

Hukum Kepler dari gerakan planet menghuraikan orbit objek mengenai Matahari. Mengikuti hukum Kepler, setiap objek yang mengembara melalui elips dengan Matahari pada satu fokus. Objek yang lebih hampir kepada Matahari (dengan paksi separa-major yang lebih kecil) bergerak lebih cepat, sebagaimana mereka lebih dipengaruhi oleh graviti Matahari. pada orbit eliptikal, jarak sebuah badan dari Matahari berbeza atas haluan tahunnya. Pendekatan sebuah badan yang terdekat kepada Matahari dipanggil perihelionnya, manakala poin jarak terjauh dari Mahatari dipanggil aphelionnya. Orbit tersebut dari planet hampir membulat, tetapi kebanyakan komet, asteroid dan objek lingkaran Kuiper mengikuti orbit yang bereliptikal tinggi. Posisi dari badan pada Sistem Suria boleh diramal dengan menggunakan model perangkaan.

Berpunca dari jarak luas yang terlibat, banyak gambaran dari Sistem Suria menunjukkan mengorbit jarak sama secara terpisah. Hakikatnya, dengan sedikit pengecualian, lebih jauh planet atau jalur dari Matahari, lebih besar jarak antaranya dan orbit sebelumnya. Contohnya, Zuhrah adalah beranggaran 0.33 unit astronomi (AU)[d] lebih jauh dari Matahari berbanding Utarid, manakala Zuhal adalah 4.3 AU luar dari Musytari, dan Neptun berada 10.5 AU luar dari Uranus. Cubaan telah dibuat bagi menentukan hubungan antara jarak orbital ini (contohnya, hukum Titius-Bode),[11] tetapi tiada teori seumpama itu telah diterima.

Sebilangan dari model Sistem Suria pada cubaan Bumi untuk menyampaikan skala relatif yang dilibatkan di Sistem Suria pada terma manusia. Sesetengah model adalah mekanikal — dipanggil orreri — manakala yang lain meluas sepanjang kota atau kawasan serantau.[12] Model skala yang terbesar seumpama, iaitu Sistem Suria Sweden, menggunakan Ericsson Globe berukuran 110-meter di Stockholm sebagai Matahari gantiannya, dan, objek semasa, Sedna, adalah sfera erukuran 10-cm di Luleå, 912 km berjauhan.[13][14]

Jarak dari badan terpilih Sistem Suria dari tengah-tengah Matahari. Sisian kiri dan kanan dari setiap bar sejajar kepada perihelion dan aphelion dari badan, masing-masing. Bar panjang menandakan keganjilan orbital yang tinggi.

Rujukan

WikiPedia: Sistem_Suria http://www.vub.ac.be/STER/www.astro/chibio.htm http://www.ras.ucalgary.ca/CGPS/press/aas00/pr/pr_... http://www.astro.utoronto.ca/~mhvk/AST221/L20/L20_... http://www.fourmilab.ch/cgi-bin/uncgi/Solar/ http://www.classzone.com/books/earth_science/terc/... http://books.google.com/?id=2JuGDL144BEC&pg=PA66&d... http://hypertextbook.com/facts/2002/StacyLeong.sht... http://www.m-w.com/dictionary/solar%20system http://www.nature.com/nature/journal/v426/n6965/ab... http://space.newscientist.com/article/mg19325850.9...