Sistem_pembiakan_perempuan
Sistem_pembiakan_perempuan

Sistem_pembiakan_perempuan

Sistem pembiakan perempuan mengandungi dua bahagian utama: Sistem pembiakan perempuan selalu merupakan bahagian dalaman. Faraj membuka ke luar di vulva yang juga merangkumi labium, kelentit dan uretra. Ia bersambung dengan uterus melalui serviks, sedangkan uterus bersambung dengan ovari melalui salur falopia. Pada lebih kurang setiap bulan, sebiji ovum akan menjadi matang melalui proses oogenesis dan dihantarkan ke uterus melalui salur falopia. Jika dalam perjalanan ini, ovum bertemu dengan sperma, sperma akan menembus dan bergabung dengannya. Proses ini yang digelarkan persenyawaan biasanya terjadi di dalam salur falopia, tetapi juga boleh terjadi di dalam uterus. Zigot yang dihasilkan akan melekat pada dinding uterus, di mana ia memulakan proses embriogenesis dan morfogenesis. Sewaktu perkembangannya mencapai tahap untuk berhidup di luar rahim, serviks akan mengembang dan pengecutan uterus akan menolakkan fetus ke luar melalui salur lahir, iaitu faraj.Jika tidak disenyawakan, ovum itu akan dikeluarkan daripada sistem perempuan melalui haid.