Siti_Tanjung_Perak
Siti_Tanjung_Perak

Siti_Tanjung_Perak

Siti Sundari binti Samad atau lebih dikenali sebagai Siti Tanjung Perak merupakan salah seorang bintang filem yang terkenal 1950-an dan 1970-an. Siti Sundari binti Samad dilahirkan di Pulau Wasi Bugis, Sulawesi.Mula giat dalam dunia pentas bangsawan pada tahun 1927 di seluruh pulau Borneo. Semasa di pentas, Siti terkenal sebagai pelakon bangsawan yang tercantik pada ketika itu sehingga beliau diberi gelaran Seri Panggung. Suami pertama beliau bernama M.Taib, seorang pemain saksofon bersama Siti di pentas bangsawan. Mereka dikurniakan seorang anak yang dinamakan Sari Intan. Tetapi malangnya, suami Siti terkorban semasa perang Jepun. Setelah begitu lama menjanda, Siti pun mendirikan rumahtangga dengan Abdul Ghani, seorang anggota polis.(SITI SUNDARI menjadi SITI TANJUNG PERAK)Pada tahun 1947, Siti melangkah ke dunia filem. Filem pertama beliau ialah SERUAN MERDEKA, manakala yang kedua pula ialah SINGAPURA DI WAKTU MALAM arahan B S Rajhans dan diterbitkan oleh Shaw Brothers. Namanya DITUKAR oleh para peminatnya kepada Siti Tanjung Perak. Ini disebabkan Siti terkenal menyanyikan lagu yang berjudul TANJUNG PERAK, lagu yang dipopularkan oleh S Abdullah. Di hujung tahun 50 an, Siti telah berhijrah ke Cathay Keris. Sebagai seorang pelakon, Siti Tg Perak memang serba boleh. Watak yang dibawanya dengan berkesan sekali ialah sebagai antagonis. Beliau juga mampu menari, menyanyi dan berlawak. Siti pernah dinobatkan sebagai pelakon pembantu paling baik bagi tahun 1953, di suatu pemilihan para peminat. Dua orang daripada anak gadis Siti telah menjadi pelakon di era 50 an dan 60 an. Mereka ialah seniwati Supatri dan seniwati Zairina Abdul Ghani.

Siti_Tanjung_Perak

Pekerjaan Pelakon
Anak 5
Tahun aktif 1947–1973
Nama lain Mak Iti
Meninggal dunia 6 Ogos 1992 (berumur 77–78)
Warganegara Indonesia
Kelahiran Siti Sundari Binti Samad
1914
Pulau Wasi Bugis, Sulawesi, Hindia Timur Belanda (kini Indonesia)