Sitiawan
Sitiawan

Sitiawan

Pekan Sitiawan atau bandar Setiawan merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Manjong, negeri Perak. Bandar-bandar yang berdekatan dengannya ialah Lumut, Ayer Tawar, Kampung Gajah, Tronoh, Batu Gajah, Seri Iskandar, Bota, dan Ipoh.Pemimpin komunis, Chin Peng dilahirkan di Kampung Koh, Sitiawan. Banyak kampung baru telah dibakar oleh komunis semasa zaman darurat. Namun Chin Peng menafikan semua itu angkara pasukannya.