Sivarasa_K._Rasiah

Yang Berhormat Sivarasa K. Rasiah (Tamil: சிவராசா ராசையா; lahir 8 Disember 1956) adalah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, ahli politik Malaysia berbangsa India berketurunan Tamil Sri Lanka yang merupakan Ahli Parlimen Sungai Buloh (sebelum ini nama Parlimen ini adalah Subang), Selangor dari Parti Keadilan Rakyat. Beliau merupakan seorang peguam di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat. Beliau menjadi peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa anak guamnya menghadapi tuduhan meliwat Shaiful Bukhari Azlan.