Skala_masa_geologi
Skala_masa_geologi

Skala_masa_geologi

Skala masa geologi atau skala waktu geologi digunakan oleh ahli geologi dan cendekiawan lain untuk menjelaskan masa dan hubungan antara peristiwa yang terjadi sepanjang sejarah Bumi. Jadual tempoh geologi yang ditampilkan di halaman ini disesuaikan dengan masa dan tatanama yang diusulkan oleh International Commission on Stratigraphy dan menggunakan piawai kod warna dari United States Geological Survey.Bukti-bukti dari peninggalan radiometri menunjukkan bahawa bumi berumur sekitar 4,570 juta tahun. Masa geologi bumi disusun menjadi beberapa unit menurut peristiwa yang terjadi pada tiap tempoh. Setiap zaman pada skala masa biasanya ditanda dengan peristiwa besar geologi atau paleontologi, seperti kemusnahan. Sebagai contoh, batas antara zaman Kapur dan Paleogen ditakrifkan dengan peristiwa kehancuran dinosaur dan pelbagai spesis laut. Tempoh yang lebih tua, yang tidak memiliki peninggalan fosil yang dapat dianggarkan perkiraan usianya, ditakrifkan dengan usia mutlak.