Skizofrenia adalah
penyakit mental yang teruk dengan ciri-ciri kecacatan berterusan pada penerimaan seseorang (perception) pada gambaran alam sebenar (realiti). Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami
delusi atau
halusinasi pendengaran. Walaupun penyakit ini biasanya memberi kesan kepada
kognitif, ia juga menyumbang kepada masalah teruk dengan
perangai manusia atau
emosi. Disebabkan terdapat banyak gabungan simptom, ia sukar bagi menyatakan samaada ia adalah
masalah psikiatrik tunggal; dan
Eugen Bleuler sengaja mengelar penyakit ini sebagai "the schizophrenias," (jamak) apabila dia mencipta istilah yang ada sekarang.
Diagnosis berasaskan pengalaman yang dilapurkan sendiri oleh pesakit, bersama tanda-tanda yang dilapurkan oleh pakar psikiatri atau sebarang pegawai perubatan terlatih seperti doktor dalam
psikologi. Tidak terdapat ujian
biologi objektif bagi skizofrenia, walaupun kajian mencadangkan
genetik dan
biokimia adalah faktor penyumbang utama. Penyelidikan kini dalam perkembangan masaalah ini sering kali menumpukan kepada peranan
neurobiologi, walaupun punca organik yang jelas dan boleh dikenal pasti masih belum dijumpai. Dengan ketiadaan ujian makmal objektif untuk mengesahkan diagnosis, terdapat persoalan mengenai status skizofrenia sebagai satu penyakit rasmi.Istilah "skizofrenia" diterjemah secara kasar sebagai "fikiran berkecai," dan berasal dari
bahasa Yunani σχίζω (schizo, "memecahkan" atau "membahagikan") dan φρ?ν (phr?n, "
minda"). Walaupun etymologinya, skizofrenia bukannya sama dengan
masaalah identiti berpisah (dissociative identity disorder), atau juga dikenali sebagai masaalah personaliti pelbagai (multiple personality disorder) atau "personaliti terpisah - split personality"; dalam
popular culture keduanya sering kali dikelirukan. Walaupun skizofrenia seringkali mendorong kepada disfungsi (dysfunction) masyarakat atau pekerjaan, tidak terdapat kaitan penyakit ini dengan kecenderungan kelakuan agresif.