Skrin_Di_9

Skrin Di 9 ialah sebuah slot di TV9 yang menyiarkan barisan telefilem-telefilem tempatan mutakhir. Memulakan siarannya pada 5 Januari 2011 (iaitu lima tahun selepas penubuhan TV9) dengan beberapa judul filem dan juga telefilem ulangan oleh TV9 sendiri sebelum diambilalih peranannya sebagai Cerekarama versi saluran tersebut. Bersiaran pada setiap Rabu, jam 8.30 malam. Bermula 24 Jun 2013, slot ini diubah ke hari Isnin jam 8.30 malam.