Skudai
Skudai

Skudai

Skudai ialah sebuah bandar universiti yang terletak di Iskandar Puteri, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Bandar ini telah ditadbir sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Ia terletak 16 kilometer dari bandaraya Johor Bahru. Skudai merupakan sebahagian daripada koridor pembangunan baru di kawasan barat daya Johor, yang merangkumi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pusat pentadbiran negeri Johor yang terkini iaitu, Iskandar Puteri. Penduduknya adalah sekitar 160,000 dan 210,000 orang. Skudai juga merupakan tempat bagi pusat pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah dan ia mempunyai kampus induk kepada Universiti Teknologi Malaysia campus.Skudai terletak 8 km dan 16 km dari Kulai, Senai dan bandaraya Johor Bahru.Kaum Cina merupakan majoriti penduduk dengan kadar 65% diikuti oleh kaum Melayu 22% dan India 12%.[1]