Slot_Azalea

Azalea merupakan slot drama berbentuk kekeluargaan. Memulakan siarannya pada 2 Januari 2012 di TV3. slot Azalea disiarkan setiap Isnin - Khamis, 4.02 petang - 5:00 petang.Mengambil fenomena slot Lagenda yang pernah bersiaran di TV3 dan TV9 yang disiarkan pada hari yang sama tetapi pada waktu yang berbeza pada sekitar tahun 2008 - 2010, mulai Januari 2016 slot Azalea dipindah siar ke TV9 dan disiarkan setiap Selasa - Jumaat, 8.30 - 9:30 malam dengan memulakan siaran perdananya di saluran itu pada 26 Januari 2016 dan diikuti ulangannya di TV3, 6 hari selepas tayangan perdana di TV9.Di TV3, slot Azalea memulakan siaran perdananya pada 1 Februari 2016 pada waktu siaran baharu dan kini disiarkan setiap Isnin - Khamis, 2:00 - 3:00 petang.Pada tahun 2016 - 2017. slot Azalea merupakan slot drama berbentuk kekeluargaan dalam unik slot drama kerana disiarkan 6 hari selepas tayangan perdana (Selasa - Jumaat) dan (Isnin - Khamis) di dua saluran berbeza. iaitu TV9 (8.30 Malam) dan TV3 (2.00 Petang).Mulai Januari 2018 slot Azalea disiarkan di TV3 sahaja pada slot waktu yang sama.