Sofia_Jane

Datin Sofia Jane binti Hisham (lahir 14 Februari 1972) ialah seorang pelakon dan model Malaysia kelahiran London, United Kingdom. Beliau telah menetap di Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia.[1] Selain itu, beliau yang merupakan peranakan Inggeris dan Melayu ini mula dikenali menerusi watak pembantu dalam filem Mira Edora. Antara filem lakonannya termasuklah Harry Boy (1992), Kekasih Awal dan Akhir (1993), Perempuan, Isteri dan... (1993) dan Sayang Salmah (1995). Beliau meraih anugerah Artis Paling Popular menerusi penganjuran majlis Anugerah Bintang-Bintang Popular Berita Harian 1993.