Soket_penyala_rokok
Soket_penyala_rokok

Soket_penyala_rokok

Soket penyala rokok ataupun soket penyuai kereta merujuk kepada soket bagi sejenis palam bara yang boleh ditanggalkan untuk menyalakan rokok atau cerut serta boleh digunakan sebagai punca bekalan elektrik untuk beberapa peralatan elektrik kecil pada kereta. Asalnya ia tidak direka untuk membekalkan bekalan elektrik, dan ia juga bukanlah penyambung elektrik yang unggul atas beberapa sebab, terutamanya berikutan terdapat tiga saiz bagi soket berkenaan (dua bagi sistem 12 volt DC dan satu lagi untuk sistem 6 volt DC yang lebih lama) serta memadankan saiz plag dan soket 12 volt yang berbeza juga merupakan satu masalah. Disebabkan itulah sambungan elektrik yang disediakan ada kalanya tidak boleh diharap untuk peralatan berkuasa tinggi.Namun di sebalik kekangan tersebut, ia digunakan untuk pelbagai peralatan, seperti pencukur elektrik, lampu sorot mudah alih, komputer riba, telefon bimbit, pembantu peribadi digital, penyuai USB, pemain audio digital, lampu, malah penyejuk termoelektrik. Bagi peralatan yang menggunakan bekalan elektrik sesalur pula, alat penyongsang elektrik perlu digunakan untuk menukarkannya kepada arus ulang-alik, dan seterusnya menaikkan voltannya kepada AC 240 V dengan menggunakan transformer.