Sebahagian daripada
siri Fiqh Islam(suatu disiplin kajian Islam)
Solat Asar merupakan salah satu daripada lima (5) solat fardhu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan oleh seorang
Islam yang masih waras dan hidup.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat
mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat
qada. Solat Asar terdiri daripada 4 rakaat. Waktu untuk bersolat Asar bermula selepas berakhirnya waktu solat Zohor, iaitu apabila tergelincir matahari sehingga bayang-bayang sesebuah objek lebih panjang daripada tinggi objek tersebut. Manakala tamatnya waktu adalah apabila
matahari terbenam di ufuk.
Solat yang terbaik ialah solat di
masjid ataupun
surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil
wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat di masjid ataupun surau adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.