Solat_qada

Sebahagian daripada siri
Fiqh Islam
(suatu disiplin kajian Islam)Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' sama ada disebabkan lupa, tidur atau orang murtad yang kembali semula kepada Islam setelah murtad. Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.