Sony_Ericsson
Sony_Ericsson

Sony_Ericsson

Sony Ericsson ialah satu syarikat usaha sama yang ditubuhkan pada tahun 2001 oleh syarikat elektronik Jepun Sony Corporation dan syarikat telekomunikasi Sweden Ericsson untuk membuat telefon bimbit. Sebab utama yang dinyatakan bagi usaha sama tersebut adalah bagi menggabungkan kepakaran Sony dalam bidang elektronik pengguna dengan kepemimpinan teknologi Ericsson dalam sektor komunikasi. Kedua-dua syarikat induk telah berhenti menghasilkan telefon bimbit.Ibu pejabat pengurusan global terletak di Hammersmith, London, dan ia mempunyai pasukan kajian & pembangunan di Sweden, Jepun, China, Kanada, Belanda, Amerika Syarikat, India dan United Kingdom.Sony Ericsson mempunyai lebih kurang 8,000 pekerja di seluruh dunia. Dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 43%, ia menjadi pembekal telefon bimbit yang paling pantas berkembang pada suku tahun ketiga 2006 berbanding Motorola dengan kadar sebanyak 39%. Hari ini, Sony Ericsson adalah syarikat pembuat telefon bimbit kedua paling menguntungkan di belakang Nokia serta telah mencapai status ini disebabkan pertumbuhan yang tinggi di dalam pasaran telefon bimbit canggih.[perlu rujukan]Setakat 1 November 2007, Presiden syarikat sekarang ialah Hideki Komiyama, yang menggantikan Miles Flint, dan Naib Presiden Eksekutif Korporat ialah Anders Runevad. Agensi pengiklanan global syarikat adalah Saatchi & Saatchi.

Sony_Ericsson

Industri Telekomunikasi
Pendapatan bersih €997 juta (2006)
Bilangan pekerja ~8,000
Induk Sony Corporation (50%)
Ericsson AB (50%)
Perancang utama Hideki 'Dick' Komiyama (Presiden), Anders Runevad (EVP)
Ibu pejabat Ibu pejabat:
Acton, London, England, UK
Diperbadankan:
Sweden
Laman sesawang www.sonyericsson.com
Keluaran Telefon bimbit
Peranti muzik mudah alih
Sistem tanpa wayar
Peranti suara tanpa wayar
Aksesori berteknologi tinggi
Peranti data tanpa wayar
Ditubuhkan 2001
Hasil €10,959 juta (2006)
Jenis Swasta