Sos
Sos

Sos

Dalam memasak, sos ialah makanan cecair, krim, atau separa pepejal yang disajikan atau digunakan dalam menyediakan makanan lain. Sos tidak biasanya dimakan begitu sahaja; ia bertujuan untuk menambah rasa, kelembapan, dan tarikan visual kepada hidangan. Sos adalah perkataan Perancis yang diambil daripada bahasa Latin salsa, yang bermaksud diasin. Mungkin paling catatan tertua sos Eropah ialah garum, sos ikan yang digunakan oleh Orang Yunani Kuno; sementara itu doubanjiang, pes kacang soya Cina turut disebutkan dalam Rites of Zhou pada abad ke-3 SM.Sos memerlukan komponen cecair. Sos adalah elemen penting dalam masakan di seluruh dunia.Sos boleh digunakan untuk hidangan manis atau savuri. Ia boleh disiapkan dan dihidangkan sejuk, seperti mayones, disediakan sejuk tetapi disajikan suam-suam kuku seperti pesto, dimasak dan disajikan hangat seperti bechamel atau dimasak dan disajikan sejuk seperti sos epal. Ia boleh juga disiapkan oleh tukang masak apabila dipesan, terutama di restoran, tetapi sekarang banyak sos dijual secara siap dan dibungkus seperti sos Worcestershire, sos HP, kicap atau sos tomato. Sos untuk salad dipanggil kuah salad. Sos yang dibuat oleh mendeglas kuali dipanggil sos kuali.Seorang chef yang pakar dalam membuat sos dipanggil saucier.

Rujukan

WikiPedia: Sos http://www.britannica.com/EBchecked/topic/525307/s... http://www.recipetips.com/glossary-term/t--34435/s... http://www.worldcat.org/title/cookwise-the-hows-an... https://www.amazon.com/gp/reader/0543991261 https://books.google.com/books?id=HKUSH4Pu_f0C&pri... https://books.google.com/books?id=Ro3e18nC6psC&pri... https://books.google.com/books?id=t8UeTMbS5uYC https://archive.org/details/cu31924000610117 https://web.archive.org/web/20140104165512/http://... https://web.archive.org/web/20170214020929/http://...