SpaceX

Space Exploration Technologies Corporation (SpaceX) merupakan sebuah syarikat pengangkutan angkasa lepas dari Amerika Syarikat yang diasaskan oleh Elon Musk, pengasas bersama PayPal. Syarikat ini membina kenderaan pelancar yang sebahagiannya boleh diguna semula - Falcon 1 dan Falcon 9 - dan siri kapsul angkasa lepas Dragon.Syarikat ini pada mulanya berpusat di El Segundo tetapi kini beroperasi di Hawthorne, California.